Sunday, January 30, 2011

Kerana sahabat...

Salam...

Tanggal 28 january 2011 hari terakhir aku  bertugas bersama syarikat gergasi malaysia iaitu Astro. penuh kenangan istimewa yg x dpt aku lupakan...paling sedih bila terpaksa meninggalkan semua kawan2 yg aku anggap seperti family sendiri. tetapi diastro juga aku dipertemukan dgn seorang insan yg sgt istimewa...bergelar sahabat.

mengimbau detik perkenalan dgnnya...secara tidak sengaja kami perlu melakukan kerja diluar kawasan...berganding bahu menjayakan program outdoor yg dianjurkan syarikat kami secara tidak sengaja menegur sapa dan berbual mesra...bermula dgn menikmati lunch sama2...hinggalah habis waktu kerja kami mengisi masa pergi berkaraoke bersama...lucunya lagu 'pandang2 jeling2' menjadi tema perkenalan kami pada hari itu...

habis karaoke kami pulang kerumah masing2 tetapi sebelum aku pulang aku terpaksa menghantar dia pulang kerumahnya dahulu kerana dia tiada transport maka aku dgn rela dan ikhlas hati memandu laju kereta ku menghantarnya pulang...hari demi hari persahabatan kami bertambah erat...bertambah bnyk msg dan panggilan aku terima drnya, terpancar keikhlasan dr riak wajahnya...aku bermain dgn teka teki antara sahabat kaca atau permata...

mendengarkan kisah hidupnya aku menitiskan air mata(tanpa pengetahuannya)...rupanya hidup dia didunia ini penuh sengsara...tiada beribu,tidak berbapa...juga tiada adik beradik..hidupnya sebatang kara. sebagai seorang wanita apa dayanya utk terus berdiri diatas kaki sendiri didunia yg penuh pancaroba ini...hidupnya juga selalu diambil kesempatan oleh rakan2 mahupun lelaki yg berdamping dgnnya hanya kerana wang semata2...ditambah hidup seorg diri hidupnya mudah dipergunakan pihak2 tertentu tanpa disedarinya...aku sungguh terharu mendengar kisah hidupnya...

hari berganti minggu...minggu berganti bulan...dan bulan berganti tahun....sedar tak sedar begitu cepatnya masa berlalu...kini hampir 2 tahun aku menjadi sahabat baiknya. segala susah senang dikongsinya dgn aku. malah boleh dikatakan kami begitu rapat bagaikan abg kandung dgn adik kandungnya...persahabatan kami menjadi lebih akrab apabila gf aku juga menerimanya sebagai sahabat. malah mereka juga rapat,dan ia amat membahagiakan aku dlm mengharungi hari2 bersama sahabat ku ini..

langit tidak selalunya cerah...adakala awan gelap dtg melabuhkan tirainya. aku dan dia sering bertengkar,malah sering pula berselisih pendapat. perkara kecil menjadi bahan api yg bagaikan dahagakan tumpahnya minyak utk menyemarakkan api yg tersebar. tetapi semua itu dpt kami tepis dek kerana pegangan kuat terhadap kasih sayang sebagai sahabat....diusianya yg ke 26 tahun,dia sering merungut soal jodohnya...aku hairan dan bingung kerana dia masih muda. bagi ku soal jodoh Allah akan tentukan...lambat cepat akan tiba jua.

selepas seorg,demi seorg lelaki hadir dlm hidupnya tetapi semuanya dia tolak atas alasan latar blkg dan tiada keserasian...malah ada juga hatinya terluka jika cintanya juga pernah ditolak. sebagai sahabat yg paling rapat dgnnya malah aku bagaikan abg kandungnya...tentu sekali aku risau dan bimbangkan masa depannya. bagi aku, biarlah jodoh yg dtg baik2 orgnya...serta boleh menjaganya dgn baik. ia sesuatu yg amat aku risaukan...tetapi kerisauan dan keprihatinan aku terhadapnya sering disalah tafsir.

sehingga suatu hari aku dikejutkan dgn berita 'jodoh atas kawan'...rupanya seorg rakan kepada gf aku telah memberikan no hp seorg lelaki kpdnya. kononnya ingin menjodohkan dgn rakannya. apa yg memeranjatkan aku rakan gf aku tu hanya mengenali lelaki itu tak sampai 3 hari pun. dia kenal lelaki tu pun semasa dia bercuti dilangkawi bersama2 rakan2nya. katanya lelaki itu baru lepas putus tunang dan ingin mencari seseorg utk dijadikan isteri kerana desakan keluarga...lebih memeranjatkan aku usia lelaki itu mencecah 35 tahun,dan gambar photonya dimata aku terlalu dan amat tua dari raut wajahnya....bukan rupa menjadi bahan utama tetapi sejauh mana kebaikan peribadi lelaki itu...tidak dikenali dan tinggal begitu jauh dilangkawi...sungai yg tenang jgn disangka tiada buaya...

aku cuba memberitahu kpd sahabatku ini tentang apa yg aku rasa patut aku beritahu kpdnya..tetapi dia tidak dapat menerimanya. malah katanya dia sgt senang dan selesa apabila bercakap melalui telefon dgn lelaki itu. katanya suara lelaki itu terlalu bersopan,baik dan pandai menjaga hatinya. bagiku itu perkara biasa...jika baru kenal tentu sekali  semuanya nmpk indah dan sempurna. aku hanya mampu berkata kpdnya,lebih baik kenal2 dahulu dan ketahui latar belakang lelaki itu dahulu...tetapi sahabat ku ini seperti tidak tahan utk mendirikan rumah tangga dgn lelaki tua itu...aku menjadi lebih risau dan bimbang apabila lelaki itu menyuarakan hasratnya utk membawanya kegenting highlands berdua2an...

hari demi hari aku hanya mendiamkan diri tetapi sahabat ku nmpknya semakin taksub dgn lelaki tua itu,lebih menguatkan cintanya bila rakan gf aku sanggup dtg ketempat kerja sahabatku semata2 utk memberi kata2 semangat dan dorongan agar perhubungan yg dijodohkannya itu bersatu hingga kepelamin....aku terasa amat berkecil hati kerana sahabat ku sanggup membelakangkan aku apabila dia berjumpa dgn 'agen jodoh' nya itu dan terus berlalu dari aku lalu mereka menuju kesuatu kawasan yg sunyi dan jauh dari aku semata2 utk bercerita soal jodohnya....dlm hati aku berbisik...siapa sahabatnya? aku atau 'agen jodoh' nya itu?...sampai hati dia membelakangi aku hanya kerana lelaki tua itu...

aku bergaduh ndan bertengkar dgnnya...yg dia mampu lakukan hanya menangis seolah semua kesalahan berpunca drpd aku. tak apalah...jika aku bersalah kerana terlalu mengambil berat pasal kehidupannya, aku akan berubah...mungkin selepas ini segala masalah peribadinya aku tidak mahu ambil peduli  lagi....malah biarlah aku dan dia hanya jadi kawan biasa yg tiada apa2 istimewa lg dlm persahabatan kami. apa yg berlaku benarlah kata rakan2 ku selama ini...manusia hanya dtg pada kita dgn 1 tujuan. jika tujuan dan hasratnya tercapai kita akan dibuang bagaikan sampah...

sehingga blog ku ini kutitipkan, sedikit pun sudah tiada rasa sayang aku kpdnya...akan aku buang jauh2 semua itu sepertimana mudahnya dia membuang aku dr hidupnya...lumrah manusia jika didepan mata dilupa,bila sudah menjauh baru tersedar....semuanya sudah terlambat. hati ini telah kau sakiti. cukuplah kita menjadi kawan biasa. bukan lagi sahabat, aku bukan lg abg mu...semuga tiada sengketa antara kita. agar kau berbahagia dgn jodohmu...agar kekal ke akhir hayat hendaknya. semuga ada yg dapat menjaga kamu dihari tua mu...

utk yg terakhir dr ku...aku memohon agar semua kesalahan dimaafkannya. halalkan semua makan minum ku selama kite bersabahat dulu...agar kau bahagia kawan ku. amin~

kerana sahabat...tamat.

3 comments:

  1. Abang Robie!!! Selamat berblog
    Huhuhuu
    Tapikan bang
    Mie tak nampak
    Sebab tulisan warna putih
    Dah tu
    Kecik
    Kalo edit semula
    ^_^

    ReplyDelete
  2. fauzzan: urmmm.....tq. ni abg br nk starting buat blog hahaha...bnyk lg yg abg x tau nih. friends pun x de lg nih...ajar la abg ek hu3...

    ReplyDelete
  3. yew...blajr rajin2 ye abg robie pasal blog nie...ekekekeke

    ReplyDelete